risau betul ibu dhuha demam dah masuk seminggu..baik2 jer demam balik.yang paling risau selsema, nak feeding pun tak boleh, makan lagilah tak der selera..tapi kalau main, bergaduh dgn kakak bukan main lah sama naik dua org tu...
yg tengah dok fikir nie, kat umah pengasuh tu, anak sedara dia ada history Tb,(ayah meninggal dalam 3 minggu lepas) . takut terjangkit virus..tapi Dhuha tak ada batuk..cuma deman dan selsema.sejak demam ayah jaga kat umah..terpaksalah ayah masuk office malam *pengorbanan kan ayah...
semalam dah bawak g KK tanjung malim check darah..kesian tangan kecik anak ibu diambil darah..Dr cakap Dhuha terlebih sedikit darah putih..itulah sbbnya dia lambat baik kalau demam.Aduh...siang malam ibu peluk anak ibu nie tuam dgn tuala, air asam jawa (dah masam anak ibu nie) ayah bangun tgh malam bagi ubat, sedut hingus, buat susu..ibu perasan anak ibu semakin kurus. yelah selera makan dah kurang. hanya minum susu.
bila malam jer panas Dhuha makin meningkat...tak mau hisap susu, asyik menangis jer lah..yelah nak cakap tak pandai, kekadang ibu tertidor semasa meriba anak ibu nie..dah bawak pergi mengurut, manalah tau kot2 terjatuh tapi bidan tu cakap semua ok...
anak ibu, ibu dan ayah akan pastikan sayang ibu nie akan cepat2 sihat, makan banyak2 yer sayang.

No comments:
Post a Comment