2 mingg lepas, kawan baik ibu mengalami kesedihan kali ke dua selepas anak keduanya kembali ke rahmatullah. seusia dgn huda, kira2 4tahun lepas, anak sulongnya jg meninggal SID masa usia 8 bulan. malam ni bila jengok ke bilik, nyenyak anak ibu tido (dgn arah lintang pukang tu). bagaimana perasaan kawan ibu agaknya ketika ini. hanya anak ke 3 nya sahaja yang memberi semangat untuk dia teruskan hidup.
dhuhanur (anak karei)sekarang ni tengah lasak sangat.tak tahu nak criterlah. pantang juper apa atas lantai diwap ke mulut. tadi kulit limau yg kakak makan campak merata, nasib baik dapat diselamatkan.sakit lengan duk asyik angkat letak dia. kalau naik walker tu,tak habis langgar kaki ibu.indahnya menjadi ibukan, tapi kalau Allah menduga sampai tahap 2 orang anak hilang dalam tempoh yg dekat, betapa Allah sayangnya kawan baik ibu tu.
sampai hari ni,ibu masih tak berpeluang utk berbual dgnnya,hanya sms sahaja.(atas permintaannya),ibu faham. selasak, senakal mana dhuha ni,keadaan ini hanya datang sekali sahaja antara ibu dan dhuha..ia tak dapat lagi diganti dgn apa2 yang indah didunia ini.semoag dhuha sihat, lg sebulan anak ibu akan genap setahun.
*anak karei -gelaran ayah pada dhuha sebb depa berdua ipoh mali.

No comments:
Post a Comment