sempat ibu rakam dhuha sikat rambut pagi tadi...cepat belajar anak ibu nie.lepas ni apa lagi kita tunggu.
Sunday, January 31, 2010
baby dhuha
2 mingg lepas, kawan baik ibu mengalami kesedihan kali ke dua selepas anak keduanya kembali ke rahmatullah. seusia dgn huda, kira2 4tahun lepas, anak sulongnya jg meninggal SID masa usia 8 bulan. malam ni bila jengok ke bilik, nyenyak anak ibu tido (dgn arah lintang pukang tu). bagaimana perasaan kawan ibu agaknya ketika ini. hanya anak ke 3 nya sahaja yang memberi semangat untuk dia teruskan hidup.
dhuhanur (anak karei)sekarang ni tengah lasak sangat.tak tahu nak criterlah. pantang juper apa atas lantai diwap ke mulut. tadi kulit limau yg kakak makan campak merata, nasib baik dapat diselamatkan.sakit lengan duk asyik angkat letak dia. kalau naik walker tu,tak habis langgar kaki ibu.indahnya menjadi ibukan, tapi kalau Allah menduga sampai tahap 2 orang anak hilang dalam tempoh yg dekat, betapa Allah sayangnya kawan baik ibu tu.
sampai hari ni,ibu masih tak berpeluang utk berbual dgnnya,hanya sms sahaja.(atas permintaannya),ibu faham. selasak, senakal mana dhuha ni,keadaan ini hanya datang sekali sahaja antara ibu dan dhuha..ia tak dapat lagi diganti dgn apa2 yang indah didunia ini.semoag dhuha sihat, lg sebulan anak ibu akan genap setahun.
*anak karei -gelaran ayah pada dhuha sebb depa berdua ipoh mali.
iDEA BILIK ANAK UDING IBU...

masuk forum, berkenanlah pulak warna satu cadangan bilik tidur utk princess ibu nie..maklumlah orang dah sekolah kena ada bilik untuk relex, studykan..takder ganggu ibu lagi. kira ok jg warna macam pink rose tu. ibu nampak anak ibu mcm agresif sikit, dan cepat fade up kalau buat sesuatu, so kita cuba insertkan colour yg agak lembut. ibu tak surelah huda suka ke tak warna nie..yg ibu tau kalau suroh pilih apa colour mesti nak ambil warna agak terang...termasuk aiskrim polipop (walaupun tak sedap rasanyer)
tapi perkara yang malas tu kena jahit langsir..bab ni ibu tak suka sikit..opahlah jawapannya...takper opah mesti sporting.
cuti2 hujung tahun
kali nie..pergi tidur kat Riyaz herritage kat k. trg.. g tengok Monsun Cup, anak2 bukan tahu pun.nampak kapal layar dalam hujan dah kira oklah tu. yang penting huda cakap nak swimming. tak cukup pool sambung dalam bath tab pulak. satu kampung tido,semua anak2 sedara angkut. tinggal mak tok soorang kat rumah, tak nak ikut.ok jugaklah resot dia besar, dan agak selesa. makan not bad (ayah cakap). layanan pun ok walaupun ramai customer masa tu. rasanyer kami jer org tempatan. dahlah dari rumah cuma 10 minit jer, tapi kira berbaloi-baloi.
happy birthday Uding2 ibu& ayah
Subscribe to:
Comments (Atom)