Saturday, December 11, 2010

kasih sayang..


anak2 ibu..

kalian semakin membesar,
belajar dari satu pandangan ke satu kelakuan
mendengar dari satu perkataan ke ribuan pertuturan,
melihat dari satu kejadiaan ke satu amalan,

anak2 ibu..
tanpa pimpinan tangan ayah dan ibu,
kalian pasti hilang semua arah,
kalian mungkin kabur untuk melihat,

anank2 ibu..
masih jauh lagi perjalanan kalian,
sudah yang terbaik ibu & ayah curahkan,
segala kasih sayang, segala harapan, segala kerinduan
walaupun kami tidak sekaya nakhoda,
tidak sepandai cendiakawan, tidak searif para Al-hafiz,
tapi kami yakin,
kami cuba,
moga kalian mendapat segala kejayaan, kenikmatan sebagai
insan yang bergelar
anak-anak ku....

Tuesday, November 9, 2010

ayah yang hensemmmmm & ibu yang cunnnn



dhuha jer lebih kurang mcm mirip ibu...



rupenye, mirip dhuha pun macam ayah masa kecik-kecik, macam anak hindustan..cuma rambut tak kerinting, tapi mirip huda muka ayah sekarang...

Friday, October 22, 2010

ayah & huda


huda ni comellah..suka ibu tengok masa umur 4 tahun ni..tembam, sebiji macam muka ayah..pas tu ayah pulak conpem mcm opaH.
orang tua2 cakap kalau anak pompuan biarlah mcm muka ayah, dan begitulah sebaliknyer, baru sejuk..tak gaduh, tak telingkah pendapat.
boleh caya ker org tua ni..ibu tgk bukan main ayah nger huda. .bertengkak jer 2 beranak nie. kalau bergaduh seorg pun tak nak mengalah..last2 ayah dan2 tu gi pujuk anak kesayangan dia nie...elok balik bergurau..tut2 setengah jam kemudian dgr lagi suara dua beranak ni bergaduh..paling tidak berebut siaran TV..tak pung hp.seorg pun tak nak mengalah. ikut koranglah, malas nak layan.
alahai anak ayah..

tak perlah masa akan berlalu dgn pantas, nanti semua ni ayah akan rindu. tahun depan huda dah mula skool, mungkin dah tak banyak masa dia nak spend utk aktiviti2 yg boleh membangkitkan kemarahan ayah..mungkin hujung minggu saja boleh dgr lagi dua beranak nie bergaduh..

kita sama belajar dalm membesar dan mendidik anak2 abg..kalau saya ada tersilap abg tegurlah, dan begitulah sebalinya..
ayah..

Friday, October 15, 2010

makna nama puteri ku

DINUR HUDA
(petunjuk cahaya agama)

DHUHANUR SHAFIYYAH
(penawar cahaya ketenanganku)

sejuk makna anak2 ibu...moga makna nama ini mendorong sifat dan peribadi mereka
AMIN..

Tuesday, October 5, 2010

anak2 sekarang...



biasalah anak sekarang..kalau terbuka laptop apa lagi adalah benda yg nak di sentuh..yg best si Dhuha lG xcited nak menekan..mcm semua benda nak xplore...
apa2 pun kakak huda kenalah mengalah..kalau tak ibu masuk hantu , semua tak leh main.
huda semua fail dah tahu..yg man ada game..yg mana ada movie..yg mana ada lagu..(terutama lagu indon)..ayah dah sepuluh kali cakap nak delete..sbb geram sangat dok dgr yg tu jer...psl game, berebutlah dua beradik tu
tp yg plg ibu touching bila huda buka fail yg mana ada video diorg masa kecik2..video huda nyanyi..yg paling ibu suka adiK dhuha menggoyangkan tubuhnya masa dia pandai merangkak.

Dhuha dah mula makan makanan yang agak pedas..mcm meehon, semalam makan sidikit sambal bilis...tapi ibu risau jg takut dia sakit perut..huda semua dah onn skrg yg pedas2.
tadi dia dah makan roti canai cicah kuah dhal..yum..yum....

Thursday, July 22, 2010

dhuha tembam

alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5496504156681823762" />
anak manja ayah...merajuk ayah tak layan dia mkn kat KFC..ni kira sampai hajatlah tu..Huda oh Huda!!!


alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5496504141442238450" />
selera anak ibu makan keladi rebus...


amboi-amboi anak ibu ..penangan masakan bibik..masa mula2 bibik datang dulu beratnya dalam 7.5, maklumlah lepas baik demam yang terok...semalam ibu letak dia atas penimbang dah 9 kilo (baru 3 minggu duduk umah dgn bibik...)ni kira selera lebih siap ayah tanya dhuha bila nak stop makan nie...menguyah jer mulutnyer.semalam dia mengamuk sebab ibu tak kc laksam yang dah 2 hari dalam peti ais...takut2 dia sakit perut ..punya dia marah siap mengamuk..alahai anak ibu.
bulan 9 nia ibu nak g bawak dia cucuk n timbang setahun setengah..kita sama2 tunggu berapa berat dia..harap2 jgnlah lepas nie selera dia terganggu pulak degn apa2 yang tak diingini..
senang hati ibu anak2 dah serasi dengan bibik..huda dah mula nyanyi2 lagu indon, yelah telingan asyik dok tersumbat hp bibik jer..ok harap2 semua OK!!!

Tuesday, July 6, 2010

lega...

lega ibu..anak2 ibu dah ada maid yang jaga diorang dirumah..tak der risau lagi di hantar ke rumah orang...duduk sampai5-6 orang dijaga...
dulu ibu pernah janji agar anak2 ibu selesa, tapi jauh disudut hati ibu, tersimpan satu perasaan risau, kurang yakin, maklumlah orang bangsa asing nie..kita tidak tahu hatibudi mereka macamana..adakah mereka datang sini semata2 untuk bekerja cari wang aatupun mmg jenis dia seorang yang mempunayi sifat kasih sayang..ibu cuba untuk menjaga hati bibik ni supaya dia tidak timbul perkara2 yang diluar jangkaan kita...
Dhuha mmg ibu nampak amat manja berbanding kakak, tetapi dia cepat belajar sesuatu yang baru...kakak tak habis2 untuk ibu lebih bercakap dgn penuh kasih sayang kerana sekarang nie..bukan main lagi dia..kita A dia dah ke B..
harap semua ini berkekalan ...Amin.

Friday, June 11, 2010

seronok ibu..


dhuha dah sembuh sepenuhnya dari demam..alhamdullilah..penangan ubat klinik kerajaan. ibu tak bawak pung dhuha utk 2nd ambik darah..tak sampai hati tgk menjerit tangan kecil dicucuk jarum..
skrang bukan mainlah..makan, *tengoklah gambar kat atas tu...cover balik dah seminggu tak jamah langsung makanan , susu pun 2-3 kali jer..ibu saja asyik tanya jer pengasuh itu ..ini, makan dia, tido dia setiap kali ambik dari umahnya. saja biar dia care lebih sikit. always remind Dhuha tak leh itu..ini...
ayah suka angkat dia tinggi pas tu azan Allahuakbar...bukan main seronok dia..nampak ayah terus lentok badan nak ayah angkat dia..*yang best tu kakak yang 16 kg pun minta diangkat jg..nak tak nak ayah kena adil utk dua org princessnya..
lagu yg biasa ibu dgr bila Dhuha bangun tido dari ayah..
"ayah ada anak..nama dia Dhuha..dia sangat comel..ayah sayang dia.."
tiap2 hari samapi ibu dah tahu melodi..
harap lepas ni tak der lagi anak2 ibu yg demam r apa lah yang tak baik..

Thursday, June 3, 2010

dhuha demam


risau betul ibu dhuha demam dah masuk seminggu..baik2 jer demam balik.yang paling risau selsema, nak feeding pun tak boleh, makan lagilah tak der selera..tapi kalau main, bergaduh dgn kakak bukan main lah sama naik dua org tu...
yg tengah dok fikir nie, kat umah pengasuh tu, anak sedara dia ada history Tb,(ayah meninggal dalam 3 minggu lepas) . takut terjangkit virus..tapi Dhuha tak ada batuk..cuma deman dan selsema.sejak demam ayah jaga kat umah..terpaksalah ayah masuk office malam *pengorbanan kan ayah...
semalam dah bawak g KK tanjung malim check darah..kesian tangan kecik anak ibu diambil darah..Dr cakap Dhuha terlebih sedikit darah putih..itulah sbbnya dia lambat baik kalau demam.Aduh...siang malam ibu peluk anak ibu nie tuam dgn tuala, air asam jawa (dah masam anak ibu nie) ayah bangun tgh malam bagi ubat, sedut hingus, buat susu..ibu perasan anak ibu semakin kurus. yelah selera makan dah kurang. hanya minum susu.
bila malam jer panas Dhuha makin meningkat...tak mau hisap susu, asyik menangis jer lah..yelah nak cakap tak pandai, kekadang ibu tertidor semasa meriba anak ibu nie..dah bawak pergi mengurut, manalah tau kot2 terjatuh tapi bidan tu cakap semua ok...
anak ibu, ibu dan ayah akan pastikan sayang ibu nie akan cepat2 sihat, makan banyak2 yer sayang.

Tuesday, May 18, 2010

ulangtahun ke 7

dah masuk tahun ke 7, ibu dan ayah bersama-sama belajar suka duka sebuah kehidupan erti sebuah rumahtangga. banyak suka duka kita sama-sama tempuh.. semoga tahun mendatang ini menambahkan kebahagian kita sekeluarga...

Tuesday, May 4, 2010

alahai huda...

huda dgn bellonnya...


huda suka main belon buih sabun. ingat zaman ibu kecil2 dulu, ambik pelepah betik, terus g bilik air buat buih sabun...kini zaman dah berubah, beli jer kat pasar. tak payah nak tiup2 habis

nyawa, picit jer keluarlah belon...

semalam huda mengamuk sakit kaki, sbb penat naik tangga, maklumlah dah hampir 4 tahun anak ibu turun naik tangga 5 tingkat, tiap kali sakit kaki mintak lah ibu buat rumah kat bawah...dah banyak kali mintak sayang ibu, apa nak kata umah kuartes, kalau tak de ahli keluarga kita sakit, tak derlah dapatnya. tunggulah...sampai masa nanti kita akan pindah juga ...

ibu geram sangat di sapunya minyak panas cap orang kampung yang ayah punya...melalaklah sampai hilang mint ubat tu..yang penting lepas beberapa saat bile ibu toleh kebelakang daripada menonton yuna n aizat menyanyi kat aim , manja ibu ni dah lena..penangan ubat ayah nie....

layan jerlah kerenah anak sulong ibu yang mengalah adik Dhuha manja dan mengada-ngadanya ni...

Wednesday, April 28, 2010

alhamdullilah..


Dengan rasminya Dhuha dah mula melangkah dengan langkah2 kecil..comel sangat. pantang berjalan mesti nak dipegang beg, bantal r kain..ntah kenapa. tapi kalau lambat2 sgt merangkak jg jawapannya.
bangun jer pagi terus panggil ayah..ayah..itu maknanya ibu, kalau nampak ayah melintas depan mata juga dia panggil ayah. makna ibu + ayah = ayah...Dhuha..oh DHuha
ibu dan ayah doakan anak ibu akan sihat sentiasa dan cepat jadi anak yang pandai..

Wednesday, April 14, 2010

sleeping my baby...



nakal betul anak Ibu tidor...ikut suka hatilah. asal bahagia. pantang ngantuk kira baik punya landinglah..jgn bising dahlah.
skarang dah 13 bulan, Dhuha dah boleh tido sdiri, kalau dulu kalau tak upah dulu , tak mau lena.skrg cukup waktu terus bing....
apa yg best sekarang ayah dipanggil ayahlah..tapi ibu pun sama dipanggil ayah...kira oklah tu..

kakaK pulak tido datu tilam king satu orglah..peninG lalat lutut kaka kat rahang ibu yg cun nie...Fuhhhh .nasib tak lebam jer. tak pelah sayang ibu..waktu tido kamu membesar..rehat yg cukup utk belajar sesuatu yang baru esok....salamat malam sayang...

bila sayang ibu nak berjalan nie....

ni gambar ayah pulak, buat hal di Huda tocang rambut masa dia tido. ayah tak pernah tahu ada gambar ni...see ayah.

Friday, April 2, 2010

sepupu



Dhuha bersama sepupu seumur dgnnya.

Thursday, March 4, 2010

kenangan ibu ketika seusia huda


antara gambar ibu seusia huda...sama tak muka kita..biasalah anak ibu..ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke muka anak sendiri.
kira anak manja lah ibu masa nie..anak bongsu buat setakat tu..

Wednesday, March 3, 2010

BirthDay




Selamat hari lahir ..

Puas hati dhuha dapat main kek..tak pe mainlah puas2. Tema kek kali ni ---Kek 1 Malaysia.
Ayah sedih dah tak der baby kat umah nie. ayah cakap Dhuha dah jd kanak2..kesian ayah nak baby lg ke.
Genaplah setahun minum susu badan..tercapai target ibu..Harap2 Dhuha akan bertambah sihat.

Semoga jadi anak yg pandai dan sihat...Amin

Monday, March 1, 2010

selamat hari lahir..princess DHUha


lagi setengah jam..genaplah sayang ibu nie setahun..cepat masa berlalu..teringat lg ibu minta seorg claner tu mainkan kaki dhuha..sebb anak ibu nie asyik pejam mata , langsung tak gerak..masa tu risau ibu..rupanya Dhuha masih rindu lg utk tido dalam perut ibu.maklumlah baru 38 minggu dah dipaksa keluar.
dhuha masih belum pandai berjalan lg..gigi baru 2 batang tumbuh kat sebelah bawah..takper sayang mungkin sayang ibu nie lambat sikit..jika berbanding dgn kakak huda dulu.ibu tak kisah. asal dhuha sihat.
semoga Dhuha akan belajar banyak benda yang baik2 dan sentiasa sihat. Ibu doakan anank ibu menjadi anak yg pandai...Amin

Tuesday, February 16, 2010

kenduri kahwin

semalam semasa ibu menghadiri kenduri ex student ibu kat Teluk intan, ibu bercakap dgn ayah teringat masa hari kahwin kami dulu...anak murid ikut jejak cikgu kahwin classmate. maknanya geng ayah, geng ibu jg. ramailah kwn2 kita dtg terutama masa kaT ipoh. kita antara couple yg pertama kawin, sesama geng nie..itu yg diorg datang sekaligus bolehlah berjuper sesama member...
balik dhuha demam..panas sgt lagipun anak2 ibu nie mmg susah nak makan.

Friday, February 12, 2010

rumah anak yatim

insyaalah lagi 2 minggu projek ibu untuk sama2 turun gotong royong memperindahkan umah anak2 yatim dan asnaf di tg.malim akan termakbur degn member office ibu..lama kertas kerja nak dapatkan sedikit budget, baru jer pagi tadi diluluskan.
ibu nak bawak huda utk tengok macamana keadaan mereka. dulu ibu di besarkan di umah anak yatim (Asrama perkaya)..mintak jauh dari Allah anak ibu untuk alami situasi yg sama seperti ibu..banyak ibu belajr, dari situ lahirnya hidup berdikari yg tak pernah ibu tahu ia sebenarnya telah lama hadir dalam hidup ibu.
huda...fahamilah sayang, meraka berhak utk mendapatkan apa yg ibu dan ayah curahkan pada huda n Dhuha..tapi nasib mereka agak kurang baik. mungkin hari ini, nasib mereka kurang bernasib baik, masa hadapan mereka kita tidak pernah menjangkakan? oleh itu beringatlah sayang, kita harus membantu mereka stakat mana yg kita mampu, agar impian mereka tercapai...

Wednesday, February 10, 2010

penatnya ibu...

huda dah banyak belajar sebut perkataan yg tak sedap didengar..sejak masuk sekolah. ibu tak pernah salahkan cik gu dalam hal ni, tapi ini menunjukkan anak ibu nie dalam tempoh utk kematangan. ibu cuba utk memberitahu yg apa yg di buat dan sebut itu tidak betul *kadangkala ibu & ayah menggunakan sedikit keganasan tapi itu semua adalah sesuatu yg perlu utk huda belajar.
dalam usia huda, dia umpama span yg sentiasa meresap apa yg berlaku di sekeliling dia. betul, salah tidak akan faham selagi kita ibu & ayah yg memberitahu perkara itu salah atau betul. ibu cuba memberi ruang utk huda berfikir adakah apa yg dilakukan itu betul atau salah, contohnya tidak mahu mandi pagi, ibu tanya kalau tak mandi mcm nak ke sekolah.. atau tak nak ajak lyssa (kwn sekolah) balik sama2, ibu tanya dengan siapa lyssa nak balik..seorg2 ker...tak kesian ker dia..banyak benda ibu usulkan sehingga huda mampu berfikir yang sesuatu itu adalh perkara yg penting dan perlu penyelesaiaanya...dgn ini ibu harap huda mampu utk membina kenyakinan diri.
jadilah anak yg sentiasa bertanya ...manjaku

Friday, February 5, 2010


wajah kedua-dua anak ibu & ayah selepas 24 jam dilahirkan....(atas dhuha, bawah huda)

MENJADI IBU AYAH YANG DICONTOHI...
anak-anak amat mudah terpengaruh dgn sikap dan tingkahlaku ibu bapa..setiap hari sentiasa mereka belajar dari pemerhatian apa yg berlaku disekeliling mereka. setiap hari pembesaran anak-anak ibu amat jelas.ada saja yg baru dapat ibu perhatikan.
huda...ibu sentiasa mengajar dia berdikari. contohnya memberi dia satu tugas yg mudah seperti membuat pilihan untuk memilih baju dhuha untuk dipakai lepas mandi. agak nampak mcm ibu malas utk bangun dan ke bilik mereka utk ambik baju, tetapi apa salahnya kalau kita yakinkan huda bahawa pilihan yg dibuatnya adalah tepat dan memberi pujian apa yg telah dilakukan.
semalam, cikgu minta huda join kelas tarian kat skool. tapi mungkin tiada darah seni kot anak ibu ni. ibu bagi peluang untuk huda memikul tanggungjawab, tapi huda berhak utk memilih. jika tak minat, ibu tak kisah. mungkin huda minat sesuatu yg lasak.

ayah..ibu perhatikan masih mengganggap anak kesayangannya ini baru dua tahun. tidak yakin apa yg dilakukan. anak kita sudah masuk 5 tahun, byk perkara dia harus fikir dan yakin utk lakukan. ibu tahu ayah sedih untuk menerima hakikat mereka mula untuk tidak dipanggil status "baby" lagi...apa2 pun kita cuba lakukan yg terbaik utk 2 princess ni......

Wednesday, February 3, 2010

raya dah dekat ker?


semalam dekat office ibu gamat org berniaga kain datang terus dari bandung..ibu tak beli, sebb tak berkenan pulak..tak tahulah lepas2 ni. ibu ada offer officemate (en Roslan) sebelah meja, dia nak bawak balik tunjukan pada wife dia. dia cakap tema raya tahun ni warna coklat....tema raya???????????????????dah dekat raya ker kita ni. pose ibu tak ganti lagi. rasa berdosa pulak. ke ibu yg terlewat menghitung hari..

ingat raya ibu belek file2 raya..bila disusun..Ya Allah dah lama ibu kahwin, dah bergenerasi..gambar. dari berdua dgn ayah jer..buyut..huda dan dhuha. (harap takder lg askar lepas2 ni). so jomlah kita share sama era aidilfitri dalam keluarga kudingkuding...

Tuesday, February 2, 2010

huda...oh huda

Allhamdullilah..

huda dah boleh baca doa makan..seronok ibu dengar, siap jemput ajak jemput makan ibu, jemput makan ayah...(kalau mood elok)

ibu doakan banyak benda lagi huda dapat belajar..kita tengok gambar huda first time g sekolah dengan hari terbuka tabika tahun lepas.

Sunday, January 31, 2010

dhuha sikat rambut..

sempat ibu rakam dhuha sikat rambut pagi tadi...cepat belajar anak ibu nie.lepas ni apa lagi kita tunggu.

baby dhuha



2 mingg lepas, kawan baik ibu mengalami kesedihan kali ke dua selepas anak keduanya kembali ke rahmatullah. seusia dgn huda, kira2 4tahun lepas, anak sulongnya jg meninggal SID masa usia 8 bulan. malam ni bila jengok ke bilik, nyenyak anak ibu tido (dgn arah lintang pukang tu). bagaimana perasaan kawan ibu agaknya ketika ini. hanya anak ke 3 nya sahaja yang memberi semangat untuk dia teruskan hidup.

dhuhanur (anak karei)sekarang ni tengah lasak sangat.tak tahu nak criterlah. pantang juper apa atas lantai diwap ke mulut. tadi kulit limau yg kakak makan campak merata, nasib baik dapat diselamatkan.sakit lengan duk asyik angkat letak dia. kalau naik walker tu,tak habis langgar kaki ibu.indahnya menjadi ibukan, tapi kalau Allah menduga sampai tahap 2 orang anak hilang dalam tempoh yg dekat, betapa Allah sayangnya kawan baik ibu tu.
sampai hari ni,ibu masih tak berpeluang utk berbual dgnnya,hanya sms sahaja.(atas permintaannya),ibu faham. selasak, senakal mana dhuha ni,keadaan ini hanya datang sekali sahaja antara ibu dan dhuha..ia tak dapat lagi diganti dgn apa2 yang indah didunia ini.semoag dhuha sihat, lg sebulan anak ibu akan genap setahun.

*anak karei -gelaran ayah pada dhuha sebb depa berdua ipoh mali.

iDEA BILIK ANAK UDING IBU...


masuk forum, berkenanlah pulak warna satu cadangan bilik tidur utk princess ibu nie..maklumlah orang dah sekolah kena ada bilik untuk relex, studykan..takder ganggu ibu lagi. kira ok jg warna macam pink rose tu. ibu nampak anak ibu mcm agresif sikit, dan cepat fade up kalau buat sesuatu, so kita cuba insertkan colour yg agak lembut. ibu tak surelah huda suka ke tak warna nie..yg ibu tau kalau suroh pilih apa colour mesti nak ambil warna agak terang...termasuk aiskrim polipop (walaupun tak sedap rasanyer)

tapi perkara yang malas tu kena jahit langsir..bab ni ibu tak suka sikit..opahlah jawapannya...takper opah mesti sporting.

cuti2 hujung tahun





kali nie..pergi tidur kat Riyaz herritage kat k. trg.. g tengok Monsun Cup, anak2 bukan tahu pun.nampak kapal layar dalam hujan dah kira oklah tu. yang penting huda cakap nak swimming. tak cukup pool sambung dalam bath tab pulak. satu kampung tido,semua anak2 sedara angkut. tinggal mak tok soorang kat rumah, tak nak ikut.ok jugaklah resot dia besar, dan agak selesa. makan not bad (ayah cakap). layanan pun ok walaupun ramai customer masa tu. rasanyer kami jer org tempatan. dahlah dari rumah cuma 10 minit jer, tapi kira berbaloi-baloi.

happy birthday Uding2 ibu& ayah



sorry huda..ibu lambat post gambar birthday ke 4 huda ...kali ini buat dua tempat satu umah mak tok satu kat umah opah....semoga jadi anak yang pandai.